Terima kasih buat semua panel hebat di MSGA Icon Ladies 3.0
Puan Zubaidah dari Singapore
Dr Devi, Co-Founder Bluewave Educational Resources
Dr Ervina, Principal Viva Sageeza Resources
Raihan Abdul Razak, Perunding Perancangan Pewarisan Harta Pusaka
Prof Madya Dr Farizah, Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Prof Madya Dr Mass Harreza, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM.
Wanita hebat memimpin Dunia!
#IconLadies #womensupporting #womenempowermentmovement
MSGA Icon Ladies 3.0
Meriah! Warna-warni petang tadi…
Senyum tawa, riuh-rendah bila geng ladies bertemu berkumpul!
Sambil menjamu selera, sambil
mendengar perkongsian dari panel.
Seronok! Inilah komuniti yang positif, sama-sama membina ukhwah, berkongsi rasa dan ilmu tanpa mengira pangkat darjat dan indahnya ukhwah tercipta!
Terus bangkit Wanita!
#IconLadies #MSGA #women #womensupportingwomen
Wanita Berjaya! Wanita Profesional!
1001 Kisah Wanita
MSGA Icon Ladies menampilkan 6 panel yang terdiri dari pelbagai bidang.
Prof Madya Dr Mass Hareeza,
Dr Devi,
Puan Zubaidah,
Prof Madya Dr Farizah,
Puan Raihan dan Dr Ervina.
Santai dan bersahaja semua panel berkongsi cerita masing-masing!
Terima kasih semua panel hebat!
#Iconladies #MSGA #women #womensupportingwomen
Ini hari untuk Wanita!
3 Tahun berjaya dianjurkan!
MSGA Icon Ladies 2023
MSGA Icon Ladies 2024
MSGA Icon Ladies 2025
Acara tahunan untuk #ladies #women
Berkumpul membina ukhwah,
jalinkan network, berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran!
Terima kasih buat semua tetamu yang hadir petang tadi, 27 Mac 2025 di The Mines Beach Resort, Seri Kembangan Selangor.
MSGA Expert Kohort 1
Sesi energizer & Ice Breaking!
Terpancar wajah gembira, happening & masing-masing enjoy the moment!
“Jangan stresss, kita release buat urutan ya!”
Gelak-tawa memecah kesunyian!
Jihad Ilmu. Jihad Pendidikan. Jihad Ekonomi
Ada apa dalam MSGA Expert?
Modul yang mahal!
a) ‘POLISH’ cara pembentangan keusahawanan penerbitan digital
b) ‘GROOM’ imej diri sebagai usahawan dan penulis.
c) ‘KNOW’ apa yang prospek inginkan.
d) ‘BUILD’ pendapatan pasif melalui usahawan dan penulis ebook.
e) ‘DESIGN’ strategi marketing bersama TEAM M.Expert.
Jihad Ilmu. Jihad Pendidikan. Jihad Ekonomi
Watikah Pelantikan MSGA Expert:
1. DR. NURHIDAYAH BINTI MUHAMMAD HASHIM (Mantan Prof Madya)
2. DR. TAJ RIJAL BIN MUHAMMAD ROMLI
3. DR. ERVINA BINTI ALFAN (Mantan Prof Madya)
4. DR. ZURAIDAH BINTI OTHMAN
5. DATO’ DR. AZIZON BINTI OTHMAN
6. DURIATI BTE ABDULLAH
7. DR. ROS ARNIZA BINTI ZAKARIA
8. DR. HAIRUNISSA BINTI JOPRI
9. DR. RADZIAH BINTI MOHD DANI
10. HJH.NOR HASDILLAH MOHD HASIM
11. DR. SALFALIZA BINTI MAT SAAD
12. DR. MUHAMMAD SAUFI BIN ABDULLAH
13. DR. NOOR HAYATI BINTI YASMIN
14. DR. NOORAZWATI BINTI ISMAIL
15. FEYRIAL BINTI MD SALLEH
16. KHAIRUN NORLIAN SOLEHA BINTI MOHD NOR
17. JAMIZAN BINTI JALALUDIN
18. DR. DEVI ARUMUGAM
19. DR. NOR’AIDA BINTI KHAIRUDDIN
20. HANISNAH BTE KASMURI
21. ZUBAIDAH BTE ZAINAL ABIDIN
22. MASS RUHAIZA BINTI ALI
23. PROF. MADYA SR. DR. ROHAYU BINTI ABDUL MAJID
24. DR. ARIZA BINTI ABDULLAH
25. PROF. MADYA DR ZAIZUL BIN AB RAHMAN
26. DR. SAHLAWATI BINTI ABU BAKAR
27. DR. SHARIFAH SHEHA BINTI SYED AZIZ BAFTIM
Tahniah buat semua!!!
MSGA Expert Kohort 1.0
26-27 April 2025
The Mines Beach Resort
Jihad Ilmu. Jihad Pendidikan. Jihad Ekonomi
MSGA Expert Kohort 1.0
26-27 April 2025
The Mines Beach Resort
Tahniah kepada semua peserta yang telah ditauliahkan sebagai MSGA Expert!
Anda memang Hebat
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
Subang Jaya, 23 April 2025 – Tiga individu penting daripada MSGA Sdn. Bhd telah menerima penghormatan tertinggi dalam bentuk Gratitude Award sempena Majlis Makan Malam BNC Business Dinner yang berlangsung penuh gemilang di Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya malam tadi.
Penghargaan tersebut telah dianugerahkan kepada:
Mejar Hasrul Taufek bin Roslan TUDM (Bersara) - Master Shiro, Group Chairman MSGA Sdn Bhd
Mohd Shahpizan bin Mustapha - TJey, Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn Bhd
Nurul Ashidah, Executive Master Advisor MSGA Sdn Bhd
Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa mereka dalam membangunkan bidang keusahawanan khususnya ebuku, membimbing bakat-bakat muda, dan memacu inovasi dalam sektor pembangunan insan dan latihan profesional. Majlis ini turut dihadiri oleh para usahawan, pemimpin industri, dan tokoh-tokoh korporat.
Penghargaan ini diberikan kepada individu yang menunjukkan komitmen luar biasa dalam memperkasakan komuniti perniagaan dan sosial melalui kepimpinan yang inklusif serta program pembangunan berimpak tinggi.
“Ini bukan sekadar penghargaan buat kami bertiga, tetapi satu peringatan bahawa segala usaha untuk membina perubahan positif sentiasa dihargai. Kami dedikasikan anugerah ini kepada seluruh family MSGA dan mereka yang terus percaya dengan visi kami,” ujar Mohd Shahpizan.
Majlis Makan Malam BNC ini juga menjadi platform untuk menjalin jaringan strategik antara pemain industri serta memperkukuh solidariti dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA di MSGA Sdn Bhd
21 April 2025, Singapura - Majlis Riang Ria Aidilfitri 2.0 anjuran MSGA Singapura. Pertemuan komuniti penulis dan usahawan ebook yang sangat-sangat memberi impak positif. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir.
17 April 2025 - 8pm-10pm.
Master Shiro (Group Chairman MSGA SDN BHD).
Syarahan kepada pelajar postgraduate dan undergraduate, School of Business & Economic Universiti Putra Malaysia. Pelajar tempatan dan antarabangsa (Malaysia, China, dan Bangladesh).
Topik : Workforce Challenges and Skills Gaps dan industri penerbitan digital.
Terima kasih Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali atas jemputan ini.
18 Mac 2025, Pekanbaru, Riau - Sesi tandatangan MOU bersama Universitas Lanchang Kuning (UNILAK) telah berjaya dilaksanakan. Turut bersama Universitas Persada Bunda dan UMRI. Kerjasama ini diantara PT Pustaka Indonesia Service (PIC), MSGA Sdn. Bhd. dan pihak fakulti untuk projek pembangunan ebook pensyarah dan mahasiswa.
UNILAK telah diwakili oleh Dr. Herlinawati selaku Dekan FADIKSI manakala PIC dan MSGA diwakili Mr. Darmawi.
Majlis turut diisi dengan perkongsian penerbitan ebook dan platform ebookstore epustakaindonesia.com oleh penceramah (narasumber):
Master Shiro Hasrul Roslan
Mr. Darmawi
Dr. Ervina Bt Alfan
Tjey Tok Jambang
Dr. Syaifullah (Moderator UNILAK)
Kerjasama ini dilihat mampu mengikat ukhuwah diantara dua negara dalam membangunkan industri penerbitan digital di peringkat antarabangsa.
Sebarang maklumat boleh berhubung dengan : +601125618098 (Malaysia)
+6282171620373 (Indonesia)
16 Mac 2025, Rankayo Basa Hotel, Padang, Sumatera Barat, Indonesia - Master Shiro telah dijemput oleh PT. Pustaka Indonesia Service untuk memberi bimbingan tentang penerbitan ebook dan pemasaran ebook menggunakan platform evenchise ebookstore.
Ternyata peserta sangat berpuas hati dan mereka sudah bersedia menulis dan memasarkan ebook melalui plaform evenchise ebookstore MSGA.
15 Mac 2025, Padang, Sumatera Barat, Indonesia - Kunjungan hormat delegasi MSGA Sdn. Bhd. dan PT. Pustaka Indonesia Service (PIC), kepada Prof. Dr. H.Ansofino, Rektor Universitas PGRI telah berlangsung dengan baik. Master Shiro bersama delegasi telah diberi kesempatan untuk berkongsi tentang penerbitan ebook kepada wakil-wakil pensyarah. Sesi tandatangan MOU bersama Universitas PGRI tanda ikatan kerjasama juga terjalin dengan baik.
12 Mac 2025. Master Shiro dan Tjey telah mewakili MSGA SDN BHD dan PT PUSTAKA INDONESIA SERVICE dalam dua sesi mesyuarat bagi persiapan program bimbingan tulis, terbit, dan pasarkan ebook untuk penulis-penulis di Sumatera Barat Indonesia. Mesyuarat ini telah diatur oleh Mr. Darmawi selaku Direktur Utama PT PUSTAKA INDONESIA SERVICE bersama Mr. Syaifullah iaitu Pensyarah Kanan Universitas Lancang Kuning, Pekanbaru.
Sesi mesyuarat ini melibatkan :
Universitas Lancang Kuning, Pekanbaru.
Universitas Persada Bunda, Pekanbaru.
Universitas Muhammadiah Riau, Pekanbaru.
Delegasi MSGA dijangka tiba di Padang pada 15 Mac 2025 bagi menyempurnakan kelas bimbingan di UNP Padang terlebih dahulu sebelum bergerak ke Pekanbaru pula.
Ucapan penutup oleh Mejar Hasrul (Master Shiro) di Seminar Penulis Antar Bangsa di Universitas Negeri Padang Indonesia.
“Tulislah, agar orang tahu kamu pernah hidup”, akhir kalamnya.
#seminarpenulisantarbangsa #delegasiMSGA #MSGA #gengtulisebook #indonesia #sumaterabarat
Ucapan penutup oleh Mejar Hasrul (Master Shiro) di Seminar Penulis Antar Bangsa di Universitas Negeri Padang Indonesia.
“Tulislah, agar orang tahu kamu pernah hidup”, akhir kalamnya.
#seminarpenulisantarbangsa #delegasiMSGA #MSGA #gengtulisebook #indonesia #sumaterabarat
Sidang Pleno 4
Dr Devi
Dr Ayu LMOS
Zubaidah
Dr Arbaktun
#seminarpenulisantarbangsa #delegasiMSGA #gengtulisebook #MSGA #ebook #indonesia #sumaterabarat #penulis
Sidang Pleno 3
Dr Kang Myoung Sook
Dr Norhidayah
Dr Taj Rijal
Dr Nazirul Mubin
#seminarpenulisantarbangsa #delegasiMSGA #gengtulisebook #MSGA #ebook #indonesia #sumaterabarat #penulis
Sidang Pleno Kedua.
Dr Hjh Norsyamlina
Hanishah Kasmuri
Dato’ Dr Azizon
Mr Voodi Venkata
#seminarpenulisantarbangsa #delegasiMSGA #gengtulisebook #MSGA #ebook #indonesia #sumaterabarat #penulis
Sidang Pleno Pertama.
Tuan TJeY sebagai moderator memulakan bual bicara sidang pleno sidang pertama.
Mr HapySri Sam
Mr Ambran Abu Bakar
Prof Madya Dr Farizah
#seminarpenulisantarbangsa #delegasiMSGA #gengtulisebook #MSGA #ebook #indonesia #sumaterabarat #penulis
Disebalik tabir…
Pihak penganjur dan HQ MSGA Sdn. Bhd. bertungkus-lumus memastikan kelancaran program berjalan dengan sempurna.
Terima kasih Pak Darmawi dan semua AJK Pelaksana yang turut hadir menjayakan Seminar Penulis Antar Bangsa kali ini!
#seminarpenulisantarbangsa #delegasiMSGA #gengtulisebook #indonesia #sumaterabarat #ebook
Simbolik menyambut tetamu pihak panganjur memberikan daun sirih dan set sebagai menyambut kehadiran delegasi penulis 7 buah negara.
Terima kasih buat Ketua Asita Sumbar Pak Darmawi, Dr Sari Lenggogeni dan semua para tetamu yang hadir di makan malam.
#delegasimsga #seminarantarbangsa #gengtulisebook #MSGA #tourism #ebook
Delegasi mendapat jemputan untuk makan malam di Istana Gabenor. Delegasi penulis 7 buah negara terdiri dari Singapura, Brunei, Korea, India, United Kingdom, Malaysia dan Indonesia.
Meriah! Sambutan yang diberikan oleh pihak penganjur. Masa untuk menjalinkan ukhwah dan menikmati sajian dari istana
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
#seminarantarbangsa #delegasimsga #sumatarabarat #sumaterabarat #indonesia #tourism #gengtulisebook #MSGA
Delegasi MSGA melawat Rumah Pak Buya Hamka dan Muzium Buya Hamka.
Membaca sejarah, susur galur dan tadabur alam!
MasyaAllah! Cantik pemandangan di sini.
Andai belum tiba, wajib singgah ya!
#seminarantarbangsa #delegasimsga #sumaterabarat #indonesia #sumatarabarat
Hari ketiga,
Delegasi MSGA melawat tempat bersejarah Jam Gadang dan singgah di Panorama Ngaraisianok serta di Lubang Japang, Bukit Tinggi.
Delegasi melihat panorama indah dan mendalami kisah sejarah penjajahan Indonesia- Japan.
Seronok! Jalan-jalan cari ilmu
Jihad Ilmu. Jihad Pendidikan. Jihad Ekonomi
#delegasimsga #seminarantarbangsa #sumaterabarat #ebook #indonesia #tourism
Hari kedua di Padang Indonesia.
Delegasi MSGA bergerak selepas sarapan ke beberapa tempat.
Antara tempat dilawati Desa Terindah, Istana Pagaruyung dan makan tengah hari di Kampung Tengah Sawah dan Kopikawa.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
#seminarantarbangsa #delegasiMSGA #indonesia #sumaterabarat #ebook
Delegasi singgah membeli barangan kulit di kedai cenderahati di Padang Indonesia.
Rambang mata semua delegasi
Jutawan ribu semua membeli-belah
Jihad Ilmu . Jihad Ekonomi . Jihad Pendidikan
#seminarantarbangsa #delegasimsga #sumaterabarat #MSGA #indonesia
“Banyaknya lauk…..”
Masing-masing tak sabar untuk menikmati makan malam!
Delegasi MSGA singgah di Restoran Padang Indonesia menikmati sajian tradisi makanan Indonesia.
Jalan-jalan cari makan sambil membina ukhwah silaturrahim bersama
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
#seminarantarbangsa #delegasimsga #sumaterabarat #indonesia #MSGA
Alhamdulillah delegasi MSGA selamat tiba di Lapangan Terbang Minangkabau, Padang Indonesia.
Delegasi disambut oleh Pak Darma Ketua Asita Sumber Indonesia. Seterusnya kami menaiki bas dan van ke destinasi seterusnya.
Jihad Ilmu Jihad Ekonomi Jihad Pendidikan
#seminarantarbangsa #delegasiMSGA #indonesia #sumaterabarat
Delegasi MSGA menunggu seketika di
balai berlepas.
Delegasi dari Malaysia, Singapura, India dan Korea.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
#seminarantarbangsa #delegasiMSGA #indonesia #sumaterabarat
Checkpoint Pertama
Berkumpul di KLIA 2.
Meriah! Masing-masing terpancar wajah ceria gembira bertemu!
Delegasi MSGA #gengtulisebook berhimpun untuk “check-in” bagasi dan proses langsung menaiki pesawat terbang ke Padang Indonesia.
Jihad Ilmu . Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
#seminarantarbangsa #delegasiMSGA #indonesia #sumaterabarat
Padang, Indonesia, 22 Februari 2025 – Seminar Penulis Antara Bangsa 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 hingga 22 Februari 2025 di kota budaya Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Acara berprestij ini menghimpunkan lebih 20 orang penulis, sasterawan, penyelidik, dan peminat sastera dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Korea Selatan, India, dan United Kingdom.
Dengan tema "Semua Bisa Jadi Penulis", seminar ini menjadi medan wacana yang memperkasa peranan penulis dalam dunia moden yang semakin mencabar nilai budaya dan jati diri.
Dengan sambutan hangat dan sambutan positif peserta, penganjur menyasarkan edisi seterusnya bakal diadakan di salah satu negara anggota ASEAN sebagai kesinambungan kerjasama serantau dalam dunia kesusasteraan.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
Kuala Lumpur, 10 Februari 2025 – Satu mesyuarat telah diadakan antara delegasi dari SCAVAI Alliance dan MSGA Sdn Bhd bersama Kedutaan Palestin di Malaysia bagi membincangkan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan bagi rakyat Palestin. Mesyuarat ini diketuai oleh Encik Ambran Abu Bakar, Pengerusi dan Pengasas SCAVAI Alliance serta dihadiri oleh Ketua Pengarah MSGA Sdn Bhd, Mejar Hasrul Taufek bin Roslan TUDM (Bersara), dan Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn Bhd, Encik Mohd Shahpizan bin Mustapha. Turut hadir ialah Mohammed Abudagga, First Counsellor Kedutaan Palestin di Malaysia.
Mesyuarat ini memfokuskan kepada beberapa inisiatif utama termasuk program Corporate Social Responsibility (CSR) yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin dalam pelbagai aspek pembangunan sosial dan ekonomi. Salah satu agenda utama adalah penyediaan pendidikan percuma kepada rakyat Palestin melalui platform e-pembelajaran, membolehkan akses ilmu tanpa batasan geografi.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai pembangunan modal insan di Gaza, termasuk penyediaan latihan percuma (free-training) membekalkan kemahiran dalam pelbagai aspek kepada rakyat Palestin dalam bidang yang strategik supaya dapat membantu mereka membina kehidupan yang lebih stabil dan berdaya saing.
Rentetan melalui inisiatif ini, satu projek baharu yang diberi nama "People for Palestine" telah diperkenalkan oleh pihak kedutaan. Projek ini bertujuan untuk memperkukuh lagi usaha bantuan kemanusiaan dan pembangunan jangka masa panjang bagi rakyat Palestin dengan kerjasama strategik antara organisasi tempatan dan antarabangsa.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen SCAVAI Alliance dan MSGA dalam membantu rakyat Palestin melalui pendekatan yang holistik dan mampan. Kejayaan projek-projek ini diharap dapat memberi impak besar dalam meningkatkan taraf hidup serta memperkasakan komuniti Palestin, khususnya di Gaza.
Melalui semangat solidariti dan keprihatinan, usaha ini diharapkan dapat memberikan nafas serta harapan baharu kepada rakyat Palestin yang masih berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian mereka.
"Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan"
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
Petaling Jaya, 10 Januari 2025 – Pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan rasmi ke tempat latihan industri MSGA Sdn. Bhd di LMP Lumi Tropicana, Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan program latihan industri yang melibatkan para pelajar UniSZA serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara universiti dan pihak industri.
Encik Wan Muhammad bin Wan Abdul Aziz, Pensyarah di Fakulti Bahasa & Komunikasi UniSZA menegaskan kepentingan hubungan rapat antara institusi pengajian tinggi dan industri dalam memastikan para pelajar memperoleh pengalaman kerja yang relevan. “Kerjasama seperti ini bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada pelajar, malah membantu universiti memahami keperluan semasa pasaran kerja,” kata beliau.
Turut bersama Prof. Madya Dr. Farizah Hairi, Perunding Non-Eksekutif MSGA SDN BHD. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat daripada Ketua Pegawai Operasi MSGA Sdn. Bhd, Encik Mohd Shahpizan bin Mustapha yang memperkenalkan latar belakang syarikat, visi, misi, serta projek-projek yang sedang dijalankan. MSGA Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang terlibat dalam pembangunan teknologi perisian dan penyelesaian digital, menjadikannya platform ideal untuk pelajar UniSZA.
Di akhir lawatan, Encik Wan menyatakan penghargaan kepada pihak MSGA Sdn. Bhd. atas komitmen mereka dalam membimbing pelajar UniSZA. Beliau turut berharap agar kerjasama ini dapat diperluaskan pada masa akan datang melalui program-program seperti ceramah industri, bengkel teknologi, dan penyelidikan bersama.
Encik Mohd Shapizan bin Mustapha & Prof Madya Dr Farizah Hairi menyambut baik cadangan tersebut dan menegaskan bahawa MSGA Sdn. Bhd. sentiasa bersedia untuk menyokong pembangunan bakat muda dalam bidang teknologi dan pembangunan modal insan. “Kami percaya pelaburan dalam pembangunan pelajar akan membawa manfaat jangka panjang bukan sahaja kepada syarikat, tetapi juga kepada industri secara keseluruhan,” katanya.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen mereka untuk terus menjalin hubungan yang lebih erat demi manfaat bersama.
"Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan"
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
Puncak Jalil, 29 Disember 2024 – MSGA Sdn Bhd dengan bangganya telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembangunan Video E-Learning – Projek 2025 MSGA, yang dilaksanakan di Emerald Education Centre, Puncak Jalil pada 28 Disember 2024 (Sabtu) dari pukul 9:00 pagi hingga 1:00 petang. Bengkel ini merupakan satu program komprehensif yang bertujuan memperkasakan penulis dan pemilik evenchise MSGA dalam membangunkan modul e-Learning secara profesional. Seramai 12 orang yang menyertai bengkel ini yang terdiri dalam kalangan penulis e-Buku MSGA dan beberapa orang Jurulatih Penulisan (JP) MSGA sendiri. Penyertaan eksklusif ini memastikan suasana pembelajaran lebih fokus dan personal.
Bengkel ini memberi peluang keemasan kepada peserta untuk memohon geran tajaan khas yang ditawarkan khusus bagi projek e-Learning MSGA 2025. Ia bertujuan mempromosikan penghasilan kandungan pendidikan berkualiti tinggi yang selaras dengan visi MSGA menuju era pendidikan berteknologi tinggi menjelang tahun 2030, "MSGA Campus".
Intihanya, bengkel ini berjaya menarik perhatian penulis dan Jurulatih Penulisan (JP) MSGA kerana projek ini dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan digital di Malaysia sekaligus menjadikan ia satu program yang bermakna dan memberi inspirasi kepada semua yang hadir.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
Petaling Jaya, 17 Disember 2024 – Satu kunjung hormat telah diadakan oleh pihak eksekutif MSGA ke pejabat Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob, mantan Naib Canselor Universiti Malaya, yang kini menjawat jawatan sebagai Canselor Innovative University College dan Dekan Fakulti Pergigian di SEGI University.
Dalam pertemuan tersebut, Dato’ Dr. Hashim, seorang tokoh penulis tersohor dan figura berpengaruh dalam dunia akademik dan kesusasteraan telah memberikan nasihat dan motivasi yang amat bermakna kepada delegasi MSGA. Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara organisasi dan tokoh berpengalaman sekaligus dapat mengaut inspirasi melalui diskusi yang dijalankan.
Sebagai tanda sokongan terhadap karya-karya bernilai yang dihasilkan oleh YBhg. Dato’, pihak MSGA turut berhasrat menyediakan platform e-Book store khas yang akan memaparkan penulisan beliau kepada khalayak ramai.
“Kami amat berterima kasih atas nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh YBhg. Dato’. Kunjungan ini memberi peluang kepada kami untuk belajar dan mendapatkan inspirasi daripada tokoh besar seperti beliau,” ujar Mejar Hasrul Taufek bin Roslan TUDM (Bersara), Ketua Pengarah MSGA Sdn Bhd.
Pertemuan tersebut bukan sahaja menekankan kepentingan ilmu, tetapi turut memberi inspirasi kepada pihak MSGA untuk terus berusaha membawa manfaat kepada komuniti akademik dan masyarakat umum.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
Petaling Jaya - 9 Disember 2024 - Berlangsungnya satu majlis istimewa iaitu Majlis Pelancaran E-Buku karya Dr Mariam dan Deeya Hanna yang dilaksanakan di LMP LUMI Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Disember 2024 dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 40 orang peserta daripada kalangan penulis digital dan penggiat industri kreatif tempatan menyertai program ini.
Dua e-Buku yang dilancarkan pada majlis tersebut ialah:
1. "Reclaiming My Voice: A Journey of Courage and Growth" karya Deeya Hanna. Buku ini berkisar tentang perjalanan peribadi dan pertumbuhan diri penulis yang penuh inspirasi.
2. "The 7 Essential Habits to Heal, Energize, and Thrive" karya Dr Mariam Z, yang merupakan panduan transformasi kesihatan melalui gaya hidup & teknologi moden.
Acara ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi bersama penulis dan mendalami mesej utama dalam buku mereka. Ia menjadi platform bagi mereka untuk berkongsi ilmu, pengalaman, dan inspirasi kepada tetamu yang hadir. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pendita Prof. Dr Azlan Ghanie yang merupakan Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA). Dalam ucapannya, Pendita Prof. Dr Azlan Ghanie menekankan kepentingan inovasi dalam penerbitan digital serta bagaimana penulis tempatan dapat memanfaatkan platform e-book untuk menyebarkan karya mereka ke pasaran global. Beliau turut menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha seperti ini yang membangunkan industri kreatif di Malaysia.
Tuntasnya, program ini berjaya menarik minat pencinta buku dan komuniti setempat, menjadikan ia satu acara yang bermakna dan memberi inspirasi kepada semua yang hadir.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
Petaling Jaya, 9 Disember 2024 – MSGA Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan Kursus Pembangunan Jurulatih Penulisan yang berlangsung pada 8 Disember 2024 (Sabtu) yang diadakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting. Seramai 24 orang yang telah menyertai kursus ini dan ditauliahkan sebagai Jurulatih Penulisan (JP). Kursus ini bertujuan membangunkan kemahiran dalam bidang penulisan dan kejurulatihan untuk individu yang ingin meningkatkan kredibiliti dan kemahiran mereka sebagai jurulatih profesional.
Penceramah jemputan:
Mejar Adnan Fareed TUDM - Jurulatih Institut Kepimpinan Pengurusan TUDM, Pegawai Tadbir & Pasukan Pertahanan Darat (HANDAU)
Master Trainer Mohd Shukry bin Roslan - NLP Practitioner & Master Practitioner, Certified HRD Corp TTT
Nurul Ashidah Johari - Pengasas Intouch & Penasihat Eksekutif MSGA
Master Shiro - Ketua Pengarah MSGA SDN BHD & Mentor & Jurulatih e-Buku
Peserta berpeluang menimba ilmu dan panduan terkini daripada tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang masing-masing. Kursus ini berakhir dengan penuh harapan dan keyakinan bahawa Jurulatih Penulisan (JP) MSGA ini akan terus berkembang maju, menginspirasi dan memperkaya ekonomi melalui idea-idea yang mereka hasilkan.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Praktikal UniSZA
MSGA JELAJAH SUMATERA BARAT, INDONESIA, 6-8 JANUARI 2025
Semoga perjalanan Master Shiro, Ketua Pengarah MSGA Sdn Bhd & Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn Bhd, TJey PADU ke Sumatera Barat, Indonesia dipermudah. Ada orang Sumatera Barat yang mau ngobrol pasal bisnes ebook dengan Direktur MSGA? GRATIS aja! Hubungi admin untuk tempah slot anda.
MEET & GREET JIEXPO KEMAYORAN JAKARTA, INDONESIA 27 - 29 NOVEMBER 2024
Semoga perjalanan Master Shiro, Ketua Pengarah MSGA Sdn Bhd & Ketua Pegawai Operasi MSGA Sdn Bhd, TJey PADU ke Jakarta, Indonesia dipermudah. Ada orang Jakarta yang mau ngobrol pasal bisnes ebook dengan Direktur MSGA? GRATIS aja! Hubungi admin untuk tempah slot anda.
TAKLIMAT USAHAWAN E-BOOK BERSAMA MASTER SHIRO
Petaling Jaya, 9 November 2024 - Taklimat Usahawan E-Book oleh mentor E-Book, Master Shiro, berjaya menarik perhatian beberapa usahawan baharu yang berminat mempelajari teknik menjana pendapatan melalui perniagaan E-Book. Program yang diadakan di LMP Lumi Tropicana, Petaling Jaya, bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari ini memberikan panduan praktikal kepada peserta dalam menghasilkan dan memasarkan e-Book secara efektif. Program ini bertujuan membantu individu yang ingin memulakan perniagaan digital dengan kos rendah, selaras dengan perkembangan pasaran digital masa kini.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
Oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
PERTEMUAN INSPIRATIF UNTUK PENYEBARAN ILMU MELALUI PLATFORM E-BUKU MSGA
23 Oktober 2024 – Dalam usaha menyebarkan ilmu, dua sesi pertemuan yang berbeza telah diadakan, mengumpulkan individu-individu hebat dengan tujuan yang sama. Sesi ini memberi peluang untuk berkongsi dan meneroka platform eBook MSGA yang dirancang untuk memudahkan penyebaran ilmu secara pantas dan padat.
“Dengan niat yang betul, Allah pertemukan kita dengan insan-insan yang hebat,” ujar Master Shiro, Ketua Pegawai Eksekutif, MSGA Sdn Bhd. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada NLP Malaysia dan Koperasi Gerak Prihatin Berhad atas sokongan mereka dalam memperkasa inisiatif penyebaran ilmu. Pertemuan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk terlibat dalam usaha memajukan pendidikan dan ilmu pengetahuan demi kebaikan bersama.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
Oleh : Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
PERKONGSIAN PLATFORM E-BOOKSTORE BERSAMA DR. KAMARAZAMAN DAN MINUM PETANG BERSAMA TOKOH PENULIS
23 Oktober 2024 – Dalam usaha menyebarkan ilmu, dua sesi pertemuan yang berbeza telah diadakan, mengumpulkan individu-individu hebat dengan tujuan yang sama. Sesi ini memberi peluang untuk berkongsi dan meneroka platform eBook MSGA yang dirancang untuk memudahkan penyebaran ilmu secara pantas dan padat.
“Dengan niat yang betul, Allah pertemukan kita dengan insan-insan yang hebat,” ujar Master Shiro, Ketua Pegawai Eksekutif, MSGA Sdn Bhd. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada NLP Malaysia dan Koperasi Gerak Prihatin Berhad atas sokongan mereka dalam memperkasa inisiatif penyebaran ilmu. Pertemuan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk terlibat dalam usaha memajukan pendidikan dan ilmu pengetahuan demi kebaikan bersama.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
Oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
SESI TAKLIMAT KEUSAHAWANAN E-BUKU BERSAMA MASTER SHIRO MENARIK MINAT USAHAWAN BAHARU
Petaling Jaya, 26 Oktober 2024 – Sesi taklimat keusahawanan E-Book oleh mentor E-Book, Master Shiro, berjaya menarik perhatian beberapa usahawan baharu yang berminat mempelajari teknik menjana pendapatan melalui perniagaan E-Book. Program yang diadakan di LMP Lumi Tropicana, Petaling Jaya, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini memberikan panduan praktikal kepada para peserta dalam menghasilkan dan memasarkan eBook secara efektif. Program ini bertujuan membantu individu yang ingin memulakan perniagaan digital dengan kos rendah, selaras dengan perkembangan pasaran digital masa kini.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
Oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
SEMINAR USAHAWAN E-BUKU BERSAMA MASTER SHIRO
Petaling Jaya, 20 Oktober 2024 – Seminar Usahawan E-Book telah berjaya dilangsungkan di LMP Lumi Tropicana, Petaling Jaya, Selangor dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program eksklusif ini menampilkan Master Shiro, seorang mentor terkenal dalam bidang penulisan e-book, yang telah berkongsi ilmu dan strategi pemasaran yang berkesan kepada para peserta yang hadir. Walaupun jumlah peserta kecil, seminar ini tetap berlangsung dengan penuh semangat dan memberi impak yang besar kepada mereka yang hadir. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengusaha kecil dan sederhana, penulis bebas, dan individu yang ingin menghasilkan e-book pertama mereka.
Dalam ucapan pembukaan, Master Shiro menekankan kepentingan e-book sebagai medium masa depan dalam industri penerbitan. Beliau turut menggariskan kelebihan e-book dalam era digital ini, antaranya kos penerbitan yang rendah, kebolehcapaian global, dan kebolehan untuk menjana pendapatan pasif secara konsisten. “Penulisan e-book bukan sekadar menghasilkan buku, tetapi ia adalah platform untuk membina jenama peribadi dan menjadi seorang usahawan yang berdaya saing di pasaran antarabangsa,” kata Master Shiro dalam sesi ceramah utama.
Antara topik menarik yang dibincangkan termasuk cara-cara menghasilkan kandungan yang menarik minat pembaca, strategi pemasaran digital untuk e-book, teknik penjenamaan peribadi melalui e-book. Para peserta turut diberikan panduan langkah demi langkah untuk menghasilkan e-book mereka sendiri, dari perancangan hingga penerbitan. Selain sesi ceramah, seminar ini juga menyediakan sesi soal jawab interaktif yang mana peserta berpeluang untuk mengemukakan soalan kepada Master Shiro secara langsung. Sesi ini telah membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam mengenai cabaran yang dihadapi oleh usahawan e-book, serta kaedah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
Seminar ini diakhiri dengan sesi jaringan perniagaan, di mana para peserta berpeluang bertukar-tukar pandangan dan pengalaman serta memperluas rangkaian kerjasama dalam dunia penerbitan digital. Penganjur berharap agar lebih banyak seminar seumpama ini dapat dianjurkan pada masa hadapan untuk terus memberi sokongan dan ilmu kepada bakal usahawan e-book di Malaysia.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan
Oleh: Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
MAJLIS KONVOKESYEN MSGA 2024 RAIKAN GRADUAN KEUSAHAWANAN E-BOOK DAN KAEDAH LATIHAN DI MARRIOTT PUTRAJAYA
Putrajaya, 19 Oktober 2024 – Majlis Konvokesyen MSGA 2024 yang berlangsung di Marriott Putrajaya menyaksikan 7 daripada 30 graduan dari Malaysia dan Singapura diraikan atas kejayaan cemerlang mereka. Graduan tersebut berjaya memperoleh Sijil Profesional Keusahawanan E-Book MSGA dan Sijil Profesional Kaedah Latihan MSGA, ini merupakan hasil daripada kerjasama antara MSGA Sdn Bhd dan Spectrum International Collage of Technology. Majlis ini mencipta sejarah sebagai satu langkah besar dalam memperkasakan usahawan digital di rantau ini.
Program ini merupakan usaha sama antara dua institusi tersebut dalam memperkenalkan pendidikan profesional berasaskan keusahawanan digital, khususnya dalam bidang penerbitan e-book dan kaedah latihan. Kursus yang ditawarkan adalah berorientasikan industri, dengan matlamat untuk membimbing lebih ramai usahawan digital yang mahir dalam penulisan e-book dan pembangunan kandungan digital.
Program anjuran MSGA ini tidak hanya melatih para peserta dalam menghasilkan e-book, tetapi juga membuka peluang kepada semua ahli MSGA untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai penulis bertauliah, tenaga pengajar e-book, serta pakar keusahawanan digital. Melalui pensijilan ini, graduan bukan sahaja mempunyai kemahiran untuk mengarang dan menerbitkan e-book, tetapi juga layak mengajar serta melatih individu lain dalam bidang ini, memberikan mereka peluang luas dalam dunia keusahawanan digital.
Program latihan yang dibangunkan oleh MSGA Sdn Bhd bersama Spectrum International Collage of Technology ini merangkumi modul-modul penting seperti penulisan kandungan e-book, strategi pemasaran digital, penggunaan platform jualan dalam talian, serta kaedah latihan berkesan. Kursus ini direka untuk memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang, terutamanya dalam sektor penerbitan digital.
Graduan program ini kini diiktiraf sebagai tenaga pengajar yang boleh memberi bimbingan kepada usahawan lain dalam bidang penerbitan e-book sekaligus dapat memperluas peluang kerjaya dan perniagaan mereka. Melalui pensijilan ini, mereka boleh menawarkan kursus atau latihan kepada individu yang berminat untuk menceburi industri penulisan dan keusahawanan e-book, sekali gus memupuk generasi baru penulis dan usahawan digital.
En. Nahanthiran Sellamuthu, salah seorang graduan MSGA Sdn Bhd, melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan ini. “Pensijilan ini membuka pintu kepada banyak peluang. Selain menghasilkan e-book sendiri, saya kini juga berpeluang menjadi tenaga pengajar, membimbing orang lain yang ingin menceburi bidang ini. Ia adalah satu langkah penting dalam membina kerjaya keusahawanan digital,” katanya.
Pn. Raihan binti Abdul Razak, seorang graduan dari Malaysia, menyatakan bahawa program ini memberi impak besar kepada kemajuan kerjayanya. “Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti saya sebagai penulis e-book, tetapi juga sebagai seorang tenaga pengajar. Saya kini bersedia untuk melatih usahawan lain untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSGA Sdn Bhd turut menyatakan hasrat untuk terus memperkasa usahawan digital melalui program-program sebegini. Beliau menegaskan bahawa semua ahli MSGA berpeluang mendapat pengiktirafan dalam bidang keusahawanan e-book, kaedah latihan, serta penulisan. “Kami komited untuk memastikan setiap ahli MSGA mempunyai akses kepada peluang ini dan mampu mencapai pengiktirafan sebagai penulis bertauliah serta tenaga pengajar yang diiktiraf,” tambah beliau.
Majlis konvokesyen ini berakhir dengan penyampaian sijil kepada graduan, diikuti dengan sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari. Melalui kejayaan ini, MSGA Sdn Bhd dan Spectrum International Collage of Technology berharap agar lebih ramai usahawan digital akan muncul dan memanfaatkan potensi penerbitan e-book sebagai sumber pendapatan dan platform untuk berkongsi ilmu.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
Oleh : Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
TRAINING KHAS BERSAMA MASTER SHIRO
Petaling Jaya, 15 Oktober 2024 – MSGA Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan program "Training Khas Bersama Master Shiro" yang dilaksanakan di LMP Lumi Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Oktober 2024 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 11 orang peserta daripada kalangan penulis digital dan penggiat industri kreatif tempatan menyertai program ini. Acara yang berlangsung selama satu hari ini dianjurkan khusus untuk melatih para peserta menghasilkan kandungan digital berkualiti tinggi serta memahami selok-belok pemasaran e-book.
Master Shiro, seorang pakar dalam penulisan kreatif dan penerbitan digital, mengetuai sesi latihan yang meliputi aspek teknik penulisan, format e-book, dan cara menarik pembaca dalam pasaran digital yang semakin kompetitif. Melalui pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri ini, Master Shiro turut berkongsi tip-tip eksklusif mengenai strategi pemasaran e-book yang berkesan serta cara membina identiti penulis di platform-platform digital. Program ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan Master Shiro melalui sesi soal jawab serta bengkel praktikal.
Penganjur program berharap agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengembangkan lagi bakat penulis tempatan dalam industri penerbitan digital yang semakin pesat berkembang.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
Oleh : Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA
KONVENSYEN PENULIS BERIMPAK TINGGI 2025 "Daripada Idea, Memperkasakan Ekonomi"
Petaling Jaya, 15 Oktober 2024 – Petaling Jaya – Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM) telah berjaya menganjurkan program Konvensyen Penulis Berimpak Tinggi 2025 bertemakan "Daripada Idea, Memperkasakan Ekonomi" yang dilaksanakan pada 12 Oktober 2024 telah berjaya menarik seramai 31 orang peserta daripada pelbagai latar belakang untuk membincangkan peranan penulisan sebagai salah satu alat yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Konvensyen ini diadakan di LMP Lumi Tropicana, Petaling Jaya, Selangor yang melibatkan penulis, penggiat industri kreatif, usahawan dan para akademik dari Malaysia & Singapura. Program ini merupakan kerjasama dengan Kelab Usahawan Ebook Malaysia (KUEM) yg merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertaraf kebangsaan. Konvensyen ini ditaja sepenuhnya oleh penaja utama iaitu syarikat korporat MSGA Sdn Bhd dan Tihani Cetak sebagai penaja bersama.
Konvensyen ini bertujuan untuk membuka satu perspektif baharu kepada penulis agar dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai medium penulisan, termasuk penulisan kreatif, ilmiah, dan penulisan digital seperti E-Book. Kemajuan teknologi dalam era futuristik memberi nafas baharu dalam bidang penulisan, bukan sahaja menjadi medium untuk menyampaikan maklumat, tetapi juga sebagai salah satu bentuk perniagaan dan sumber pendapatan yang berpotensi besar.
Pengerusi Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM), Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM (Bersara), dalam ucapannya menyatakan bahawa penulisan mempunyai kuasa untuk mengubah perspektif masyarakat dan mendorong kepada pembangunan ekonomi berdasarkan idea dan inovasi penulis. "Penulis bukan sekadar pencipta idea, tetapi juga penggerak kepada perubahan sosial dan ekonomi," katanya.
Antara aktiviti utama yang berlangsung sepanjang konvensyen ini ialah sesi perbincangan panel yang melibatkan barisan penceramah yang terkenal dalam bidang penulisan, ekonomi kreatif, dan teknologi digital seperti Firdaus Zainal, Dato’ Roslan Ab Hamid, Maryam Elyas dan Mejar Hasrul Taufek bin Roslan TUDM (Bersara). Kovensyen ini bukan sahaja dapat membuka mata para peserta tentang potensi besar penulisan dalam memajukan ekonomi, tetapi juga menyediakan platform bagi penulis-penulis untuk berkongsi pengalaman dan belajar daripada pakar industri. Konvensyen ini merupakan peluang untuk mengembangkan kerjaya mereka ke peringkat seterusnya dan memahami bagaimana karya kreatif boleh dimanfaatkan dalam pelbagai sektor, termasuk sektor perniagaan, pendidikan, dan media.
Konvensyen ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dr. Kamarazaman Yacob FCILT, Pengerusi Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK). Dalam ucapannya, Dr. Kamarazaman menekankan kepentingan inovasi dalam penerbitan digital serta bagaimana penulis tempatan dapat memanfaatkan platform e-book untuk menyebarkan karya mereka ke pasaran global. Beliau turut menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha seperti ini yang membangunkan industri kreatif di Malaysia.
Penganjur berharap konvensyen ini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak inisiatif yang boleh mengangkat martabat penulis di Malaysia dan menjadikan mereka sebagai pemain penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi kreatif. "Kami percaya bahawa setiap idea yang dilahirkan oleh penulis mempunyai potensi untuk mencipta nilai ekonomi jika diberi sokongan dan platform yang betul," kata Mejar Hasrul Taufek bin Roslan semasa ucapannya.
Konvensyen Penulis Berimpak Tinggi 2025 telah menunjukkan bahawa penulisan bukan sahaja berkisar pada kreativiti dan ekspresi diri tetapi juga sebagai alat ekonomi yang boleh memperkasakan individu dan masyarakat. Melalui sokongan daripada kerajaan dan sektor swasta, penulis di Malaysia dijangka dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi digital negara sekaligus dapat memperkukuh kedudukan negara sebagai hab ekonomi kreatif di rantau ini. Konvensyen ini berakhir dengan penuh harapan dan keyakinan bahawa penulis-penulis di Malaysia akan terus berkembang maju, menginspirasi dan memperkaya ekonomi melalui idea-idea yang mereka hasilkan.
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
Oleh : Mohd Firdaus bin Rabbun, Pelajar Latihan Industri UniSZA