KALAM KETUA PENGARAH
Bagi melaksanakan amanah sebagai pemegang jawatan tertinggi di dalam kumpulan pengurusan eksekutif, saya akan sentiasa memastikan semua operasi syarikat dilakukan mengikut standard yang ditetapkan secara profesional. Saya juga berikrar akan memastikan semua perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh syarikat memenuhi kehendak pelanggan. Setiap staf di dalam syarikat berhak mendapat latihan kompetensi, gaji yang setimpal malah kebajikan mereka dan keluarga. Saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, syarikat MSGA Sdn. Bhd. akan terus cemerlang di dalam industri seterusnya memberi impak positif kepada negara.
Mejar Hasrul Taufek bin Roslan PNBB (Lebanon) PPS PPA TUDM (Bersara) E.M Tech (UNIMAS)
Group Chairman MSGA Sdn Bhd
SEJARAH PENUBUHAN MSGA SDN BHD
MSGA Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat korporat yang berstatus bumiputera. Syarikat ini telah didaftarkan dibawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777, Seksyen 17) pada 4 Mac 2021. Mejar Hasrul Taufek bin Roslan PNBB (Lebanon) PPS PPA TUDM (Bersara) E.M Tech (UNIMAS) merupakan pengasas selaku Group Chairman MSGA Sdn Bhd bersama dengan Co-Founder nya iaitu Dr. Noor Idayu binti Adnan dan En. Mohd Shahpizan bin Mustapha, selaku Ketua Pegawai Eksekutif CEO MSGA Sdn Bhd.
Syarikat ini pada awalnya merupakan perniagaan yang berstatus milikan tunggal sebelum dinaiktaraf kepada syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) pada tahun 2021. Berkat kesungguhan dan daya saing yang sihat dalam kalangan eksekutif MSGA itu sendiri, syarikat ini kini mampu mengukir nama di seluruh rantau Austronesia sebagai pengantara ilmu pengetahuan dalam membentuk usahawan digital yang berdaya saing melalui bidang penulisan.
MSGA Sdn Bhd mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti perunding perniagaan, keusahawanan, pengurusan acara atau majlis, penerbitan dan iklan secara fizikal atau digital serta turut menyediakan perkhidmatan percetakan, makanan dan pelancongan.
Namun, fokus utama perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini adalah menyediakan platform berasaskan web (digital) kepada usahawan dan penulis e-Buku melalui proses digitalisasi sistem e-Venchise yang lengkap. Selain itu, syarikat ini juga turut menyediakan latihan profesional untuk penulis dan usahawan e-Buku serta mampu untuk menguruskan pelbagai jenis acara, seminar, kursus dan bengkel yang dikehendaki oleh pelanggan. Menariknya, MSGA Sdn Bhd turut menyediakan latihan keusahawanan dan motivasi kepada masyarakat.
LOKASI PEJABAT MSGA SDN BHD
29-3-15, The Core, Jalan Teknologi 3/6E, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor